Webinar NADI SAFE : Laman Web Berbahaya
16 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2025, Webinar NADI SAFE : Laman Web Berbahaya diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan internet di kalangan rakyat Malaysia. Salah satu fokus utama program ini adalah mendidik masyarakat mengenai bahaya laman web berbahaya dan pautan meragukan seperti pencurian maklumat peribadi seperti kata laluan atau nombor kad bank, menyebarkan perisian hasad (malware) yang boleh merosakkan peranti dan penipuan pengguna melalui pautan palsu atau tawaran yang terlalu baik untuk dipercayai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: